Assalamualaikum .
Sad day . Hari ni seriously hari yang amat menyedihkan *wipe tears*
Aku memerlukan seseorang ketika ini . Nak luahkan semuanya . Everything *wipe tears* but.... Hmm. Never mind . Memujuk hati supaya terus bersabar adalah jalan yang terbaik . Call Nadiah tadi tapi dia tak angkat , penat mungkin . Nak call Afieqah tapi malam malam macam ni confirm dia tengah layan tv , jadi lebih baik lupakan . Nak call Eryn tapi dia penat bekerja seharian . Jadi , mengambil keputusan untuk update blog ni lagi bagus rasanya .
Argh..... Again *wipe tears*
Hari ni hari yang penuh dengan kesedihan . Tahan air mata , tapi ...... *wipe tears*
Tiada seorang pun yang dapat memahami hati ini *sigh* Itulah kenyataan yang perlu diterima oleh setiap manusia . Semua orang ada perasaan . Bila diperlekehkan , dimaki sudah tentu perasaan akan tersentuh *wipe tears*
Remember , orang di sekeliling anda adalah manusia biasa . Kadang kala mudah tersentuh dengan kelakuan anda . Behave yourself . Memang betul tak de seorang pun yang "sempurna" namun , tidak salah untuk berusaha menjadi lebih baik . Orang disekeliling anda juga mempunyai hati dan perasaan yang kadang kala boleh marah , sedih , dan sebagainya .
Hmm. Susah nak jumpa manusia yang betul betul memahami hati ini . Memang ada tapi hakikatnya tidak memahami dengan sepenuhnya . Manusia yang ikhlas dan jujur mungkin hanya 15% sahaja yang wujud di atas muka bumi ini . Jujur itu penting . Melupakan seseorang adalah jalan yang terbaik sekiranya dia sendiri gagal untuk bersikap jujur dengan diri anda . Setuju ? Okay *sigh*
Munkin kesedihan hari ni akan berakhir sebentar lagi . Cuma perlu tidur dan mengunggu hari esok insyaAllah segalanya dapat dilupakan . Usia masih muda , panjang lagi perjalanan yang bakal menanti insyaAllah . Lupakan semuanya , pasti kesedihan hari ni akan hilang buat selama lamanya .
Maaf entry malam ni agak panjang dan membosankan . Semoga hari esok akan lebih ceria . Maaf sebab ayat tunggang terbalik , mungkin susah nak faham . Never mind . Yang penting segalanya telah diluahkan . Mungkin tiada siapa yang akan baca , tapi cukuplah sekadar berjaya meluahkan bebanan hati ini .
Sekian ,
Thanks for reading .
No comments:
Post a Comment